.Ramai masyarakat zaman ini lebih suka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di pusat-pusat hiburan seperti pusat beli-belah. Kebanyakan masyarakat suka menghabiskan wang secara berlebih-lebihan dengan membeli-belah melebihi keperluan seharian. Hal ini meyebabkan wang yang digunakan oleh masyarakat tidak bertepatan dengan ekonomi pada masa ini. Ekonomi kian merosot oleh kerana kekurangan wang untuk membayar gaji pekerja. Ini disebabkan oleh sikap sesetengah masyarakat yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan membeli-belah melebihi kemampuan dan keperluan. Mereka berbelanja mengikut kemahuan dan nafsu sehingga terdesak untuk meminjam wang dengan pelbagai cara,contohnya penggunaan kad kredit yang terlampau dan melalui pinjaman ALONG dan juga melalui institusi pinjaman bank. Akibatnya bebanan hutang semakin bertambah jika tidak dapat melunaskan pinjaman tersebut mengikut perjanjian atau tarikh yang ditetapkan. Selain itu, turut menjadi akibat jika kes jenayah semakin berleluasa. Disebabkan kekurangan wang, mereka terpaksa mencuri,merompak,membunuh,meragut dan menculik kanak-kanak demi untuk mendapatkan wang tebusan . Tidak hairanlah jika segelintir masyarakat mengambil dadah oleh kerana tekanan yang melanda diri mereka.
Sebagai pengguna yang bijak,kita boleh berbelanja secara berhemah melalui beberapa cara iaitu:
1.menetapkan perbelanjaan bulanan dengan nisbah 3:1 untuk keperluan dan kemahuan.
2.menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sahaja.
3.berusaha sebaik mungkin untuk membeli secara berseorangan
4.berfikir sama ada barang itu keperluan atau kemahuan..
Sebagai pengguna juga hendaklah memaksimakan kreativiti dan inovasi dalam kehidupan seperti:
1.bercucuk tanam separti sayur-sayuran,buah-buahan dan lain-lain
2.mengitar semula bahan terbuang seperti surat khabar,kayu plastik tin dan lain-lain
Akhir kata dari saya, berhenti membeli belah berlebihan, kerana ianya membawa padah bukan sahaja merugikan diri sendiri malah menjejaskan ekonomi negara.Islam lebih menggalakan umatnya agar berbelanja secara bersederhana. Sabda rasulallah bermaksud,”90%punca rezeki adala dari perniagaan”
1 comment:
betul2...kita kena berjimat
Post a Comment